BLOGGER TEMPLATES Funny Pictures

Monday, September 2, 2013

Pavlova (Simple)

Assalammualaikum semua.. 

Hari ni CN nak share lagi satu resepi iaitu Pavlova. Sekarang ni pavlova bukan main popular lagi.. Cara nak buat pavlova ni simple je. Untuk yang first timer korang jangan risau kalau ikot step by step confirm jadi. Tanpa membuang masa lets check it out:-

Bahan-bahan yang diperlukan untuk meringue (4 orang makan)

1) 4 biji putih telur (jangan ada sedikit pon kuning telur nanti meringue korang tak kental)
2) 1 tsp cream of tartar (beli kat kedai kek) *jangan bubuh banyak sangat nanti meringue masam
3) 3/4 cawan gula kastor (jangan over kang manis sampai potong kaki pulak)
4) 1 tsp esen vanila (CN tak bubuh sebab nanti meringue rasa vanila so tak ori dah)

Panaskan oven 150 C (api atas bawah) selama 5-10 minit.
Putar 4 biji telur tadi dalam bekas vision or aluminium.. CN try bekas plastik dia macam tak jadi sangat..
bila dah berbuih putih tu korang masukkan gula then putar sampai dia gebu. 
kemudian, masukkan cream of tartar tadi ke dalam adunan putar sampai nampak berkilat then nampak ada tanduk sikit..

*nak tahu jadi ke tak korang terbalik kan adunan tadi then tengok dia jatuh tak.. goncang la sekuat hati yang penting dia maintain je macam tu..
*jangan over putar pulak..

Simple bukan?? tak susah sangat pun buat dia.. 
lepas tu amek kertas surih or minyak letak dalam dulang..tak digalakkan guna acuan kang susah nak keluarkan. 
bakar selama 50 minit ikot oven masing-masing suhu rendahkan kepada 120 C

buat macam ni haa nanti dah siap bakar kat tepi tu rasa rangup je tau.
dah siap bakar dah..  yummy!!
dah siap bakar letakkan whipping cream kat atas then hiaskan dengan buah-buahan masam supaya balance rasanya..
tara!! dah siap!
bahagian dalam dia macam marshmellow lembut je.. emm sedapnya!

Selamat mencuba ya semua! 

p/s: "Earths laughs in flowers"

0 comment2: