BLOGGER TEMPLATES Funny Pictures

Tuesday, November 26, 2013

Sarawak Trip (Kuching)

Assalammualaikum kesayangan semua.. semoga sihat sentiasa hendaknya.. Lately CN agak busy dengan study.. hehe sorry lah k.. ohh hari ni CN nak share dengan korang trip CN ke Sarawak.. weee best gila.. CN pergi with lovely classmates. hehe trip ni memang best sangat.. yelah awok tak pernah pergi Sarawak kan.. hehehe.. 

okok.. kat sana CN melawat 5 tempat menarik iaitu ;-


  1. Koppes Sarawak
  2. Kraftangan
  3. Kampung Budaya
  4. Kek Lapis
  5. Pasu tembikar
Apalagi yang di tunggu jom layan gambar-gambar CN dekat Sarawak.. check it out!!!

Selfie dulu!

Bergambar dengan patung Kuching.. woot2

with lovely classmates

Tulah Gunung Santubong! 

Kampung Budaya dulu noks!

Selamat datang ke rumah CN 

I just love the view! credit to Cik Ayu

Posing dulu!

Kat pusat kraftangan ni ha!

Addiction! suka gila makan Mee Kolok ni ha uolls! sedap bangat

CN bershopping sakan dekat bandar Sarikin and Waterfront.. sumpah murah gila! sawan CN kat sana dah semua benda nak beli.. tak pikir dah muat beg ke tak.. hehehe.. hope dapat pergi dengan family pulak.. In Sya Allah.. Lepas ni trip ke KL pulak.. hehehe macam tak pernah pergi KL lak.. booo.. wekk! :p


Ok sampai sini jelah cerita CN ke Sarawak. jumpa lagi!

P/s :- "Eat, Pray, Love"

Ok done habis sudah!

Friday, October 25, 2013

CN In Part 4

Asslammualaikum and hello everyone.. 
whatcha doin? hehehe semoga sihat hendaknya..
Sorry sebab lama tak update blog guys, busy sikit.. Now, new semester dah bermula.. sebulan lebih CN jadi part 4. Alhamdulillah so far so good..

kali ni la kan CN amek 7 subjek semuanya.. haa hamek kau.. time part 3 dok lepak-lepak sekarang ni rasakan.. huhu

ni la antara subjek untuk semester ini :-

1) International Financial Management 
2) Islamic Finance
3) Academic Report Writing
4) Hubungan Etnik
5) Entrepreneurship
6) Investment Analysis
7) Monetary Economics

fuiyooh-fuiyooh! banyak bukan.. tapi takpelah well nak akhir-akhir ni mestilah banyak subjek yang kena amek.. tak kan nk drop pulak.. kalau drop bila nk grad nye woii!

So wish me luck guys! :)
p/s:- "You are my treasure"

Untuk semester ini!!










Thursday, September 5, 2013

I Miss You, Love

Assalammualaikum awak-awak semua..
haa! hari ni CN tetiba feeling emo pulak emm nak share something ni.. layankan je okay? :')

Dear Love, 

As time goes by
I've never imagine that you are really important to me
Your smile that attracted me
Your sweetness that makes me melt
Your love that give me strength to live
But why its just fade away..

You are the one that i love
You are the one that i fall to
You are the reason i faught to
You are the one i chose to stay
Its only you..

Will you be alright 
if i leave you
if i dissapear
if my eye drops a tear
will you?? 

held my heart tight keep it closely with you because my feeling to you will never fade... :')

p/s: "what past is past, what done need to done"



Monday, September 2, 2013

Pavlova (Simple)

Assalammualaikum semua.. 

Hari ni CN nak share lagi satu resepi iaitu Pavlova. Sekarang ni pavlova bukan main popular lagi.. Cara nak buat pavlova ni simple je. Untuk yang first timer korang jangan risau kalau ikot step by step confirm jadi. Tanpa membuang masa lets check it out:-

Bahan-bahan yang diperlukan untuk meringue (4 orang makan)

1) 4 biji putih telur (jangan ada sedikit pon kuning telur nanti meringue korang tak kental)
2) 1 tsp cream of tartar (beli kat kedai kek) *jangan bubuh banyak sangat nanti meringue masam
3) 3/4 cawan gula kastor (jangan over kang manis sampai potong kaki pulak)
4) 1 tsp esen vanila (CN tak bubuh sebab nanti meringue rasa vanila so tak ori dah)

Panaskan oven 150 C (api atas bawah) selama 5-10 minit.
Putar 4 biji telur tadi dalam bekas vision or aluminium.. CN try bekas plastik dia macam tak jadi sangat..
bila dah berbuih putih tu korang masukkan gula then putar sampai dia gebu. 
kemudian, masukkan cream of tartar tadi ke dalam adunan putar sampai nampak berkilat then nampak ada tanduk sikit..

*nak tahu jadi ke tak korang terbalik kan adunan tadi then tengok dia jatuh tak.. goncang la sekuat hati yang penting dia maintain je macam tu..
*jangan over putar pulak..

Simple bukan?? tak susah sangat pun buat dia.. 
lepas tu amek kertas surih or minyak letak dalam dulang..tak digalakkan guna acuan kang susah nak keluarkan. 
bakar selama 50 minit ikot oven masing-masing suhu rendahkan kepada 120 C

buat macam ni haa nanti dah siap bakar kat tepi tu rasa rangup je tau.
dah siap bakar dah..  yummy!!
dah siap bakar letakkan whipping cream kat atas then hiaskan dengan buah-buahan masam supaya balance rasanya..
tara!! dah siap!
bahagian dalam dia macam marshmellow lembut je.. emm sedapnya!

Selamat mencuba ya semua! 

p/s: "Earths laughs in flowers"

Resepi Rainbow Cupcakes

Assalammualaikum korang..


Hari ini CN nak kongsi satu resepi that really interesting yang boleh membuatkan korang happy.. which is cupcakes.. bukan yang biasa punya tau.. ni yang pelangi punya.. 

Well, alhamdulillah CN success dalam buat cupcakes rainbow ni.. (poyo) hahaha.. ok tanpa membuang masa lets check it out.. 

Bahan-bahan yang diperlukan (12-14 cupcakes)

1) 11/2 cwn tepung gandum
2) 2 sdk baking powder
3) Secubit garam garam

4) 1/2  cwn butter ~ suhu bilik
5) 3/4 cwn gula castor
6) 3 biji putih telor ~ suhu bilik 
7) 1 tsp esen vanila
8) 100ml  susu segar ~ suhu bilik

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan paper cup secukupnya dan susun dalam muffin tray.

Dalam bekas mixer, pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih. korang rasa sendiri gula tadi tu betul-betul hancur tak.. ni penting sebab dia boleh buat cake korang jadi moist kat dalam.
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan. Masukkan esen vanila, Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksudnya: tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 5 bekas berasingan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
Buat hingga semua adunan habis.

dah buat tompok-tompok, amek lidi buat la putaran bagi color dia rata..

Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek

Bakar dalam oven selama 25 minit, suhu 170 C (api atas bawah) atau sehingga kek masak sempurna.
siap dibakar.. CN punya oven ada fan so dia naik sampai merekah. but dont worry nanti tutup dengan frosting.
Cara buat cream frosting

1) 1/2 cawan cream cheese *CN guna yang kat bawah ni ha.. sedap!
2) 11/2 cawan icing sugar *jangan guna gula castor nanti gula lambat hancur
3) 1 tsp esen vanilla
4) 1 tbs susu segar *jangan terlebih nanti cair

jenama ni serius sedap.. tak la mahal sangat pon tau!

tara!! dah cun.. dah siap frosting! huhu
lepas frosting korang hiaslah cupcakes korang.. korangkan kreatif.. hehe :) macam CN biasa-biasa je.. heee.. btw CN tak suka frosting tinggi-tinggi or tebal sebab manis sangat. So, cukup lah sekadar ini..
ni bahagian dalam dia! moist je.. warna pon cantik buat kita happy je bila nak makan..
So, cubalah buat sendiri.. apa-apa tanya je CN okeh! :) Selamat mencuba!

p/s: "do not easily give up!"

Friday, August 30, 2013

Happy Anniversary

Assalammualaikum korang.. waddup!

CN nak mintak maaf sebab kelewatan post cerita baru kat sini.. well siapa lah nak baca blog kita yang tak seberapa ni haa..

heheheh before CN bertambah-tambah emo sampai korang pun naik meluat CN nak kongsi cerita sikit pasal hari ulangtahun.. haaa korang mesti agak birthday kan.. no..no..no.. salah! ni cerita pasal ulang tahun perkahwinan la ualls! upps bukan CN tapi parent CN.. hehehe

nak dijadikan cerita first raya kita jatuh pada tarikh 8/8/2013 which means my parent anniversary.. yey.. sambil sambut raya sambil tiup lilin.. ouch! haa kalau korang nak tahu dorang ni dah kahwin dekat 32 tahun dah.. Alhamdulillah still sweet..loving couple gitu.. hahaha..

jom tengok gambar dorang!

Kek ni CN yang beli tau! Cantik tak??
haaa at that time la, CN tak la prepare apa-apa.. but CN buat something untuk celebrate dorang ni yelah kan lagi manis kalau anak-anak ikut serta meriah kan anniversary dorang ni.. hehhehe jadi CN pun belilah kek.. korang nak tau time first raya kedai semua tutup tau.. nasib baik ada jugak kedai bukak.. hish panik macam apa je.. Secret Recipe pun tutup time first raya okeh!

Sweet moment 

amboih abah tiup kemain lagi tau!

aww manja-manja sikit heheheh
alhamdulillah done cerita raya CN.. so, CN nak buat ucapanlah well semoga kekal berbahagia mama abah hingga ke akhir hayat.. InsyaAllah hingga ke syurga jannah, semoga diberkati selalu amin ya rabbal alamin..

p/s:- "a successful marriage requires falling in love many times, always with the same person".

Saturday, July 6, 2013

Maaflah

Assalammualaikum korang, currently blog CN ni agak hura-hara dek kerna busy dengan final exam.. so apa-apa CN akan edit and update later ye.. alololo jangan la marah-marah.. 

:)

Wednesday, July 3, 2013

The Baddest Female

Assalammualaikum korang!

korang suka tak kumpulan 2Ne1?? haaa.. kalau korang suka korang mesti kenal CL.. perghh!! baru-baru ni dia keluar kan lagu single dia yang berjudul the baddest female.. sangat cool hokeh!

lets check it out!



best kan?? ha tahu dah.. suka la sebab dia kekal kan jiwa rap tu dalam lagu dia.. fuhh! terbaik..

p/s: "you know who you are"

Friday, June 21, 2013

Sweet 21

Assalammualaikum awk2 semua.. miahahah today genap lah usia CN 21 tahun.. alhamdulillah syukur..

CN nak share kali ni birthday CN jatuh pada hari jumaat yang penuh dengan keberkatan.. alhamdulillah i'm blessed..

Hadiah2 semua nanti CN share lain next post tau.. yelah tak sempat ngedit lagi ni haa..
Btw untuk ucapan terima kasih keluarga, sahabat, cikgu dan semua.. alhamdulillah semoga kita sama2 dirahmati oleh Nya.. InsyaAllah amin..

Acah-acah tengok kek.. wahahah
Smile! weee
Kawan yang bagi.. huhuhu so sweet!
Me 21 already!
p/s: birthday kali ni ada air mata sikit.. sob.. sob..

Thursday, June 20, 2013

Ingat lagi tak Hayfa Nur Zulaikha?

Assalammualaikum baby bloggers, hari ini CN nak share cerita pasal anak sedara kesayangan CN sorang ni..
Korang ingat tak dulu time dia lahir CN post gambar dia.. now.. tara! Dia dah besar... hehe..
Dia sekarang dah boleh panggil CN aunty farah kalau dia ni panggil jadi auty pa'ah.. adehh.. dia sangat la hyper.. mcm boy lak.. awk tu dah la gegurl shayang! Ish3..
dia sangat petah dan pintar.. as time goes by dia dah masuk pon sekolah tadika.. alallalal.. now i miss her.. jarang dpt jumpa dia.. but jarang2 pon klu jumpa balik dia still ingat aunty pa'ah dia.. aww so sweet..mmuahh!
Okeh korang tu je nak share hari ni.. jangan lupa esok temu janji kita.. ada surprise tau.. nantikan.. zass xoxo..

Baby Ika
heheheheh     
                                                             
p/s: deep inside, i still miss you ♥

My Wishlist

Assalammualaikum korang! Fuhh.. debor2 hati ni bersempena hari esok.. huhu hari apakah? Wekk tak mau gtau..
Btw, CN nak share dengan korang apa yang CN hajati untuk tahun ni.. kalau dapat sedap jugak.. hahaha
Haaaaa taraaa! Tu la yang CN nak tau.. hmm best k kalau dapat benda2 ni.. kompom nangis kot.. hmm hehe tapi tulah.. siapa je nak bagi.. wakakak..
And korang! Nantikan hari esok ya.. CN akan update something.. zasss xoxo bubye!

tara!!


P/s : " Hoping the hope"



Saturday, June 8, 2013

Vietnam Trip (Ho Chi Minh)

Assalammualaikum guys and gegurls.. hehe hope uolls sihat senantiasa..

Maaf CN agak busy dengan study and vacation semua sampai nak update cerita baru pun tak sempat.. haish.. 

hari ni CN nak share dengan korang trip CN ke Ho Chi Minh City or Saigon City yang terletak di Vietnam tu haa.. meh sini rapat-rapat, dekat-dekat.. hohoho 

Day 1 (Virgin Mary Statue and Post Office)

CN bertolak hari rabu, sampai je airport.. Mr kevin which our tour guide sepanjang trip ni dah tunggu kitaorang kat aiport tu.. yey! well CN pergi ni private trip punya so everything jalan-jalan ke shopping semua kitaorang sekeluarga. tak campur dengan visitor lain.. gah bukan?! hehehe jom tengok gambar pulak...

before flight

jom snap2 dulu

ni la kapal terbang CN Airbus ok! besar gak la.

bye Malaysia

Hello Vietnam

Dah Sampai :)

Virgin Mary Statue. fefeeling retis jap

My Heart

Depan Post Office

Well dah macam retis sangat

Dinner dulu.. sedap jugak la.. ni semua masuk dlm package CN tu.. tak yah nak order2.

Dinner kat sini (Halal Restaurant)

Day 2 (Chu Chi Tunnel and White House)

Time ni kitaorang semua pergi tengok tunnel orang vietnam time dok perang-perang dengan orang amerika.. sebab kan tunnel ni la orang amerika kalah.. yelah dorang jadi gila sebab tak dapat kesan persembunyian orang vietnam.. huhuhu meh tengok picture kat sana meh..

Main transport dorang motorbike

depan Chu Chi tunnel entrance

ni la dia tunnel dorang tu haa.. kecik nya orang vietnam ni.. me: jeles much

bersama askar gerilla.. so sweet!

model kat tengah tu mohon bla.. heheh

lunch dulu yuk! (Halal Restaurant)

konon2 nak ngetest lah kopi yang dorang dok kata sedap tu.. emm me: ok la but sumpah pekat and pahit sgt.. huhu

depan white house.. tapi Vietnam punya la.. hihi

Day 3 (Mekong River and Unicorn Island)

hmm kali ni CN jadi nelayan la sebab sibuk dok mendayung sampan bagai.. hamboih penat betul.. hihi.. time ni best jugak la.. well dapat naik kuda yang boleh bawak kitaorang 6 orang yang boleh dikatakan heavy.. tapi memang cool gila kuda tu tough sangat.. i wonder what it eats.. hmm

Sungai Mekong! Xin Chiao..

Hanging Bridge.. we: happy

kuda yang sangat tough.. good job horse!

mari makan buah-buahan.. CN tertarik dengan teh hijau madu itu.. nyum2

capture by me.. keep rowing!

 
Day 4 Home Sweet Home

so tamatlah trip 4 days 3 night CN ke Vietnam.. Nantikan trip ke negara lain pulak yuk.. hehe thanks sudi baca.. 

p/s: “Here's to a vacation of no regrets!”