BLOGGER TEMPLATES Funny Pictures

Tuesday, November 26, 2013

Sarawak Trip (Kuching)

Assalammualaikum kesayangan semua.. semoga sihat sentiasa hendaknya.. Lately CN agak busy dengan study.. hehe sorry lah k.. ohh hari ni CN nak share dengan korang trip CN ke Sarawak.. weee best gila.. CN pergi with lovely classmates. hehe trip ni memang best sangat.. yelah awok tak pernah pergi Sarawak kan.. hehehe.. 

okok.. kat sana CN melawat 5 tempat menarik iaitu ;-


  1. Koppes Sarawak
  2. Kraftangan
  3. Kampung Budaya
  4. Kek Lapis
  5. Pasu tembikar
Apalagi yang di tunggu jom layan gambar-gambar CN dekat Sarawak.. check it out!!!

Selfie dulu!

Bergambar dengan patung Kuching.. woot2

with lovely classmates

Tulah Gunung Santubong! 

Kampung Budaya dulu noks!

Selamat datang ke rumah CN 

I just love the view! credit to Cik Ayu

Posing dulu!

Kat pusat kraftangan ni ha!

Addiction! suka gila makan Mee Kolok ni ha uolls! sedap bangat

CN bershopping sakan dekat bandar Sarikin and Waterfront.. sumpah murah gila! sawan CN kat sana dah semua benda nak beli.. tak pikir dah muat beg ke tak.. hehehe.. hope dapat pergi dengan family pulak.. In Sya Allah.. Lepas ni trip ke KL pulak.. hehehe macam tak pernah pergi KL lak.. booo.. wekk! :p


Ok sampai sini jelah cerita CN ke Sarawak. jumpa lagi!

P/s :- "Eat, Pray, Love"

Ok done habis sudah!

Friday, October 25, 2013

CN In Part 4

Asslammualaikum and hello everyone.. 
whatcha doin? hehehe semoga sihat hendaknya..
Sorry sebab lama tak update blog guys, busy sikit.. Now, new semester dah bermula.. sebulan lebih CN jadi part 4. Alhamdulillah so far so good..

kali ni la kan CN amek 7 subjek semuanya.. haa hamek kau.. time part 3 dok lepak-lepak sekarang ni rasakan.. huhu

ni la antara subjek untuk semester ini :-

1) International Financial Management 
2) Islamic Finance
3) Academic Report Writing
4) Hubungan Etnik
5) Entrepreneurship
6) Investment Analysis
7) Monetary Economics

fuiyooh-fuiyooh! banyak bukan.. tapi takpelah well nak akhir-akhir ni mestilah banyak subjek yang kena amek.. tak kan nk drop pulak.. kalau drop bila nk grad nye woii!

So wish me luck guys! :)
p/s:- "You are my treasure"

Untuk semester ini!!










Thursday, September 5, 2013

I Miss You, Love

Assalammualaikum awak-awak semua..
haa! hari ni CN tetiba feeling emo pulak emm nak share something ni.. layankan je okay? :')

Dear Love, 

As time goes by
I've never imagine that you are really important to me
Your smile that attracted me
Your sweetness that makes me melt
Your love that give me strength to live
But why its just fade away..

You are the one that i love
You are the one that i fall to
You are the reason i faught to
You are the one i chose to stay
Its only you..

Will you be alright 
if i leave you
if i dissapear
if my eye drops a tear
will you?? 

held my heart tight keep it closely with you because my feeling to you will never fade... :')

p/s: "what past is past, what done need to done"



Monday, September 2, 2013

Pavlova (Simple)

Assalammualaikum semua.. 

Hari ni CN nak share lagi satu resepi iaitu Pavlova. Sekarang ni pavlova bukan main popular lagi.. Cara nak buat pavlova ni simple je. Untuk yang first timer korang jangan risau kalau ikot step by step confirm jadi. Tanpa membuang masa lets check it out:-

Bahan-bahan yang diperlukan untuk meringue (4 orang makan)

1) 4 biji putih telur (jangan ada sedikit pon kuning telur nanti meringue korang tak kental)
2) 1 tsp cream of tartar (beli kat kedai kek) *jangan bubuh banyak sangat nanti meringue masam
3) 3/4 cawan gula kastor (jangan over kang manis sampai potong kaki pulak)
4) 1 tsp esen vanila (CN tak bubuh sebab nanti meringue rasa vanila so tak ori dah)

Panaskan oven 150 C (api atas bawah) selama 5-10 minit.
Putar 4 biji telur tadi dalam bekas vision or aluminium.. CN try bekas plastik dia macam tak jadi sangat..
bila dah berbuih putih tu korang masukkan gula then putar sampai dia gebu. 
kemudian, masukkan cream of tartar tadi ke dalam adunan putar sampai nampak berkilat then nampak ada tanduk sikit..

*nak tahu jadi ke tak korang terbalik kan adunan tadi then tengok dia jatuh tak.. goncang la sekuat hati yang penting dia maintain je macam tu..
*jangan over putar pulak..

Simple bukan?? tak susah sangat pun buat dia.. 
lepas tu amek kertas surih or minyak letak dalam dulang..tak digalakkan guna acuan kang susah nak keluarkan. 
bakar selama 50 minit ikot oven masing-masing suhu rendahkan kepada 120 C

buat macam ni haa nanti dah siap bakar kat tepi tu rasa rangup je tau.
dah siap bakar dah..  yummy!!
dah siap bakar letakkan whipping cream kat atas then hiaskan dengan buah-buahan masam supaya balance rasanya..
tara!! dah siap!
bahagian dalam dia macam marshmellow lembut je.. emm sedapnya!

Selamat mencuba ya semua! 

p/s: "Earths laughs in flowers"

Resepi Rainbow Cupcakes

Assalammualaikum korang..


Hari ini CN nak kongsi satu resepi that really interesting yang boleh membuatkan korang happy.. which is cupcakes.. bukan yang biasa punya tau.. ni yang pelangi punya.. 

Well, alhamdulillah CN success dalam buat cupcakes rainbow ni.. (poyo) hahaha.. ok tanpa membuang masa lets check it out.. 

Bahan-bahan yang diperlukan (12-14 cupcakes)

1) 11/2 cwn tepung gandum
2) 2 sdk baking powder
3) Secubit garam garam

4) 1/2  cwn butter ~ suhu bilik
5) 3/4 cwn gula castor
6) 3 biji putih telor ~ suhu bilik 
7) 1 tsp esen vanila
8) 100ml  susu segar ~ suhu bilik

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan paper cup secukupnya dan susun dalam muffin tray.

Dalam bekas mixer, pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih. korang rasa sendiri gula tadi tu betul-betul hancur tak.. ni penting sebab dia boleh buat cake korang jadi moist kat dalam.
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan. Masukkan esen vanila, Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksudnya: tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 5 bekas berasingan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
Buat hingga semua adunan habis.

dah buat tompok-tompok, amek lidi buat la putaran bagi color dia rata..

Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek

Bakar dalam oven selama 25 minit, suhu 170 C (api atas bawah) atau sehingga kek masak sempurna.
siap dibakar.. CN punya oven ada fan so dia naik sampai merekah. but dont worry nanti tutup dengan frosting.
Cara buat cream frosting

1) 1/2 cawan cream cheese *CN guna yang kat bawah ni ha.. sedap!
2) 11/2 cawan icing sugar *jangan guna gula castor nanti gula lambat hancur
3) 1 tsp esen vanilla
4) 1 tbs susu segar *jangan terlebih nanti cair

jenama ni serius sedap.. tak la mahal sangat pon tau!

tara!! dah cun.. dah siap frosting! huhu
lepas frosting korang hiaslah cupcakes korang.. korangkan kreatif.. hehe :) macam CN biasa-biasa je.. heee.. btw CN tak suka frosting tinggi-tinggi or tebal sebab manis sangat. So, cukup lah sekadar ini..
ni bahagian dalam dia! moist je.. warna pon cantik buat kita happy je bila nak makan..
So, cubalah buat sendiri.. apa-apa tanya je CN okeh! :) Selamat mencuba!

p/s: "do not easily give up!"