BLOGGER TEMPLATES Funny Pictures

Tuesday, August 19, 2014

CN Sudah Bekerjaya

CN selfie

Assalammualaikum semua.. waddup!! hehe sihat tak? rindu tak? lama dah tak update blog.. tiba-tiba hari ni rasa feeling sikit nak update..

CN baru je lepas dapat result sem 5 hari tu.. alhamdulillah syukur ke hadratnya.. okay hari ni CN nak share yang CN sekarang dah praktikal kat jeng..jeng..jeng.. hehehe dah masuk minggu ketiga.. so far everything run smoothly.. CN suka dengan tempat internship sekarang ni.. tak bosan sangat lah..


Lepas 2 minggu

Nak share something lah.. kat sini makan free.. transport pergi dengan parent CN, So kiranya tak ada kos pun yang keluar.. alhamdulillah lah kan.. hehe

Orang kat sini semua friendly.. baik hati.. just okay la.. there is nothing to be hate about. hehe so CN akan stay kat sini sampai bulan 12.. hurm rasa macam kejap je kan? korang rasa pulak camne? hihi

Sekarang
ok lah.. sampai sini sahaja k.. later CN update lagi tau.. okay bye korang.. Love y'all. take care

p/s: "Marry that girl, marry her anyway.."


Wednesday, March 5, 2014

Senior Year Part 5

Assalammualaikum semua sahabat sekalian.. semoga dalam keadaan dirahmati hendaknya.. amin..


Today CN nak cerita now CN dah jadi senior.. ouh how time flies.. tak sangka CN sekarang dah jadi part 5 which means bulan 8 ni CN dah start internship.. hehe excited tak? yelah.. dah nak habis belajar kan? :)


Untuk semester kali ini CN amek subjek :-

1) Malaysian Derivatives
2) Issues and Ethics In Finance
3) Financial Statement Analysis
4) Strategic Management
5) Porfolio Management and Applications
6) Research Method

Kali CN kena struggle sehabis yang boleh, bak kata orang berjuang bermati-matian haaa gitu.. hehe yelah nak la grad yang dapat dibanggakan.. so thats why kena study hard.. hehe okay

wish me luck kawan-kawan semua.. CN juga akan doakan untuk kalian

be the best, beat the rest
p/s :- "almost a year"

Wednesday, February 19, 2014

5 Tanda Pasangan Curang

Assalammualaikum semua... hehehe apa khabar?? Semoga sihat hendaknya.. huhu

Alright entry kali ini, kalau korang tengok tajuk je mesti korang macam dah tak sabar nak tahu pasangan korang curang ke tak bukan? 
Dari tajuk dah meletops! haa gitu.. (over excited)





This is based on my research plus my last experiences.

ok macam mana nak tahu pasangan korang ni curang ke tak??

mula-mula 

1) Layanan

haaaa menyentuh bab layan melayan ni korang mesti perasan layanan dia yang dah mula berubah, kalau dulu nak cakap mata ni bertentang sampai tak berkeliplah katakan, tapi sekarang mata kat handphone je, kat tab lah.. haih. upps jangan salah faham.. sini CN bagi 2 side, positif and negatif.
positivenya mungkin soal kerja
negativenya ada something yang lebih menarik dari melayan korang contoh terdekat ada insan lain yang lagi manja dan gentle dari korang.
korang tentukan hihihi

2) Sikap

maksud sikap ni sangat menyeluruh, contohnya sikap endah tak endah, sikap panas baran, sikap tak ambil peduli dan banyak lagilah.. dari sini korang boleh ketahui melalui sikap dia.. bila kamu sakit apa reaksi dia, bila kamu ada masalah apa yang akan dia lakukan.. sikap yang dahulunya mesra sekarang dah jadi dingin haih, biasanya kalau dia dah tak berminat.. semua pasal korang dia kurang nak amek tahu dah.. hmm bersedialah.. :(
positivenya mungkin dia ada masalah dan penat dengan kerja sampai berubah sikap
negativenya dia dah ada someone lagi better daripada korang.. 
lagi sekali korang yang tentukan okehh!

3) Barang Peribadi

haaa yang ni paling meletop lah uolls.. yelah pasal barang-barang peribadi seperti ipad, iphone and macam-macam lagilah.. dahulunya apa jua milikku, milikmu jua.. sekarang ni haaa tak dapat lah kan.. "what mine is mine", "you boleh tak lepas ni jangan usik barang i", haaaa gitu.. sentap noks. ok lets say dulu kalau nak mintak tengok handphone emm laju je bagi, now arr mintak tengok kejap je pun huh tak dapat lah.. lepas tu, dulu main candy crush sama-sama sekarang u pakai la phone u sendiri.. i dah buang candy crush.. upps.. hehe
positivenya mungkin terkandung sesuatu yang sukar di fahami oleh pasangan seperti gurau senda antara rakan-rakan..
negativenya ada banyak skandal kat dalam gadget tu.. 
ikot korang yang mana korang rasa betul

4) Mula menipu

okeh yang ni memang senang lah nak ketahui bila kita sendiri dapat detect pasangan kita ni menipu.. bila kita soal dia teragak-agak, bagi alasan tak masuk akal jeng jeng jeng kalau pasangan jenis pandai menipu memang susah sikit nak detect.. korang kena pandai bermain dengan pertanyaan.. hehehe 
positivenya mungkin nak jaga hati pasangan sebab tu kena menipu
negativenya ada orang ketiga sebab tu kena menipu.. takot kantoi.. 

5) Duit

bila dah ada cawangan lagi satu duit mulalah tak cukup.. tiap kali nak shopping duit tak de.. tiap kali nak kuar dating, ade je alasan untuk tak nak keluar.. aik? heheh tapi kalau pasangan yang kaya memang susah nak detect sebab duit dah terlampau banyak sampai kita pun tak sedar dia ada orang lain ke? hee so macam susah sikit lah. 
positivenya duit habis bayar hutang
negativenya tanggung orang ketiga.

hehe kesimpulannya CN rasa bersangka baik lah terhadap pasangan kita, bagi yang sudah berkahwin seeloknya minta izin kalau nak tengok hanphone pasangan bukan apa takut ade yang tersalah faham.. walhal pasangan kita sentiasa setia.. katakan dia balik lambat, mungkin kerja banyak. bagi yang kurang layanan mungkin sibuk dengan kerja.. tapi kalau secara terang-terangan berlakunya kecurangan kalau bagi yang couple tu putus jelah.. tapi bagi yang berkahwin berbincanglah dengan rasional.. okay

sampai di sini sahaja.. huhu love yeah! wasalam.

p/s : "andai itu takdirnya, bersabarlah"

Tuesday, January 28, 2014

Hello Kitty

Assalamualaikum semua.. well hello.. happy new year semua.. hihi walaupun dah lewat untuk CN wish but at least CN wish jugak kan.. :p

CN nak share dengan korang.. siapa tahu pasal Hello Kitty Town kat Johor?? haaaaa siapa yang pencinta tegar Hello Kitty mesti tahu and dah pergi kan? kan? hmm huntunglah uolls..

CN teringin nak pergi.. macam best je.. mesti sawan kalau pergi situ huhu.. yelah memang jenis tak boleh tengok benda-benda Hello Kitty ni.. haiah.. mintak tolong sangat siapa-siapa yang sudi bawak tu meh la bawak CN pergi sana.. hehehe semata sangat kan..

Btw thank you for stop by.. love yeah! xoxo

Nak pergi sini plish..plish..
p/s: “Nobody can hurt me without my permission.”