Assalammualaikum semua... hehehe apa khabar?? Semoga sihat hendaknya.. huhu
Alright entry kali ini, kalau korang tengok tajuk je mesti korang macam dah tak sabar nak tahu pasangan korang curang ke tak bukan?
Dari tajuk dah meletops! haa gitu.. (over excited)
This is based on my research plus my last experiences.
ok macam mana nak tahu pasangan korang ni curang ke tak??
mula-mula
1) Layanan
haaaa menyentuh bab layan melayan ni korang mesti perasan layanan dia yang dah mula berubah, kalau dulu nak cakap mata ni bertentang sampai tak berkeliplah katakan, tapi sekarang mata kat handphone je, kat tab lah.. haih. upps jangan salah faham.. sini CN bagi 2 side, positif and negatif.
positivenya mungkin soal kerja
negativenya ada something yang lebih menarik dari melayan korang contoh terdekat ada insan lain yang lagi manja dan gentle dari korang.
korang tentukan hihihi
2) Sikap
maksud sikap ni sangat menyeluruh, contohnya sikap endah tak endah, sikap panas baran, sikap tak ambil peduli dan banyak lagilah.. dari sini korang boleh ketahui melalui sikap dia.. bila kamu sakit apa reaksi dia, bila kamu ada masalah apa yang akan dia lakukan.. sikap yang dahulunya mesra sekarang dah jadi dingin haih, biasanya kalau dia dah tak berminat.. semua pasal korang dia kurang nak amek tahu dah.. hmm bersedialah.. :(
positivenya mungkin dia ada masalah dan penat dengan kerja sampai berubah sikap
negativenya dia dah ada someone lagi better daripada korang..
lagi sekali korang yang tentukan okehh!
3) Barang Peribadi
haaa yang ni paling meletop lah uolls.. yelah pasal barang-barang peribadi seperti ipad, iphone and macam-macam lagilah.. dahulunya apa jua milikku, milikmu jua.. sekarang ni haaa tak dapat lah kan.. "what mine is mine", "you boleh tak lepas ni jangan usik barang i", haaaa gitu.. sentap noks. ok lets say dulu kalau nak mintak tengok handphone emm laju je bagi, now arr mintak tengok kejap je pun huh tak dapat lah.. lepas tu, dulu main candy crush sama-sama sekarang u pakai la phone u sendiri.. i dah buang candy crush.. upps.. hehe
positivenya mungkin terkandung sesuatu yang sukar di fahami oleh pasangan seperti gurau senda antara rakan-rakan..
negativenya ada banyak skandal kat dalam gadget tu..
ikot korang yang mana korang rasa betul
4) Mula menipu
okeh yang ni memang senang lah nak ketahui bila kita sendiri dapat detect pasangan kita ni menipu.. bila kita soal dia teragak-agak, bagi alasan tak masuk akal jeng jeng jeng kalau pasangan jenis pandai menipu memang susah sikit nak detect.. korang kena pandai bermain dengan pertanyaan.. hehehe
positivenya mungkin nak jaga hati pasangan sebab tu kena menipu
negativenya ada orang ketiga sebab tu kena menipu.. takot kantoi..
5) Duit
bila dah ada cawangan lagi satu duit mulalah tak cukup.. tiap kali nak shopping duit tak de.. tiap kali nak kuar dating, ade je alasan untuk tak nak keluar.. aik? heheh tapi kalau pasangan yang kaya memang susah nak detect sebab duit dah terlampau banyak sampai kita pun tak sedar dia ada orang lain ke? hee so macam susah sikit lah.
positivenya duit habis bayar hutang
negativenya tanggung orang ketiga.
hehe kesimpulannya CN rasa bersangka baik lah terhadap pasangan kita, bagi yang sudah berkahwin seeloknya minta izin kalau nak tengok hanphone pasangan bukan apa takut ade yang tersalah faham.. walhal pasangan kita sentiasa setia.. katakan dia balik lambat, mungkin kerja banyak. bagi yang kurang layanan mungkin sibuk dengan kerja.. tapi kalau secara terang-terangan berlakunya kecurangan kalau bagi yang couple tu putus jelah.. tapi bagi yang berkahwin berbincanglah dengan rasional.. okay
sampai di sini sahaja.. huhu love yeah! wasalam.
p/s : "andai itu takdirnya, bersabarlah"
2 comment2:
thanks sharing.. terbaik :)
hehe.. sama-sama :)
Post a Comment