BLOGGER TEMPLATES Funny Pictures

Monday, September 2, 2013

Pavlova (Simple)

Assalammualaikum semua.. 

Hari ni CN nak share lagi satu resepi iaitu Pavlova. Sekarang ni pavlova bukan main popular lagi.. Cara nak buat pavlova ni simple je. Untuk yang first timer korang jangan risau kalau ikot step by step confirm jadi. Tanpa membuang masa lets check it out:-

Bahan-bahan yang diperlukan untuk meringue (4 orang makan)

1) 4 biji putih telur (jangan ada sedikit pon kuning telur nanti meringue korang tak kental)
2) 1 tsp cream of tartar (beli kat kedai kek) *jangan bubuh banyak sangat nanti meringue masam
3) 3/4 cawan gula kastor (jangan over kang manis sampai potong kaki pulak)
4) 1 tsp esen vanila (CN tak bubuh sebab nanti meringue rasa vanila so tak ori dah)

Panaskan oven 150 C (api atas bawah) selama 5-10 minit.
Putar 4 biji telur tadi dalam bekas vision or aluminium.. CN try bekas plastik dia macam tak jadi sangat..
bila dah berbuih putih tu korang masukkan gula then putar sampai dia gebu. 
kemudian, masukkan cream of tartar tadi ke dalam adunan putar sampai nampak berkilat then nampak ada tanduk sikit..

*nak tahu jadi ke tak korang terbalik kan adunan tadi then tengok dia jatuh tak.. goncang la sekuat hati yang penting dia maintain je macam tu..
*jangan over putar pulak..

Simple bukan?? tak susah sangat pun buat dia.. 
lepas tu amek kertas surih or minyak letak dalam dulang..tak digalakkan guna acuan kang susah nak keluarkan. 
bakar selama 50 minit ikot oven masing-masing suhu rendahkan kepada 120 C

buat macam ni haa nanti dah siap bakar kat tepi tu rasa rangup je tau.
dah siap bakar dah..  yummy!!
dah siap bakar letakkan whipping cream kat atas then hiaskan dengan buah-buahan masam supaya balance rasanya..
tara!! dah siap!
bahagian dalam dia macam marshmellow lembut je.. emm sedapnya!

Selamat mencuba ya semua! 

p/s: "Earths laughs in flowers"

Resepi Rainbow Cupcakes

Assalammualaikum korang..


Hari ini CN nak kongsi satu resepi that really interesting yang boleh membuatkan korang happy.. which is cupcakes.. bukan yang biasa punya tau.. ni yang pelangi punya.. 

Well, alhamdulillah CN success dalam buat cupcakes rainbow ni.. (poyo) hahaha.. ok tanpa membuang masa lets check it out.. 

Bahan-bahan yang diperlukan (12-14 cupcakes)

1) 11/2 cwn tepung gandum
2) 2 sdk baking powder
3) Secubit garam garam

4) 1/2  cwn butter ~ suhu bilik
5) 3/4 cwn gula castor
6) 3 biji putih telor ~ suhu bilik 
7) 1 tsp esen vanila
8) 100ml  susu segar ~ suhu bilik

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan paper cup secukupnya dan susun dalam muffin tray.

Dalam bekas mixer, pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih. korang rasa sendiri gula tadi tu betul-betul hancur tak.. ni penting sebab dia boleh buat cake korang jadi moist kat dalam.
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan. Masukkan esen vanila, Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksudnya: tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 5 bekas berasingan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
Buat hingga semua adunan habis.

dah buat tompok-tompok, amek lidi buat la putaran bagi color dia rata..

Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek

Bakar dalam oven selama 25 minit, suhu 170 C (api atas bawah) atau sehingga kek masak sempurna.
siap dibakar.. CN punya oven ada fan so dia naik sampai merekah. but dont worry nanti tutup dengan frosting.
Cara buat cream frosting

1) 1/2 cawan cream cheese *CN guna yang kat bawah ni ha.. sedap!
2) 11/2 cawan icing sugar *jangan guna gula castor nanti gula lambat hancur
3) 1 tsp esen vanilla
4) 1 tbs susu segar *jangan terlebih nanti cair

jenama ni serius sedap.. tak la mahal sangat pon tau!

tara!! dah cun.. dah siap frosting! huhu
lepas frosting korang hiaslah cupcakes korang.. korangkan kreatif.. hehe :) macam CN biasa-biasa je.. heee.. btw CN tak suka frosting tinggi-tinggi or tebal sebab manis sangat. So, cukup lah sekadar ini..
ni bahagian dalam dia! moist je.. warna pon cantik buat kita happy je bila nak makan..
So, cubalah buat sendiri.. apa-apa tanya je CN okeh! :) Selamat mencuba!

p/s: "do not easily give up!"

Friday, August 30, 2013

Happy Anniversary

Assalammualaikum korang.. waddup!

CN nak mintak maaf sebab kelewatan post cerita baru kat sini.. well siapa lah nak baca blog kita yang tak seberapa ni haa..

heheheh before CN bertambah-tambah emo sampai korang pun naik meluat CN nak kongsi cerita sikit pasal hari ulangtahun.. haaa korang mesti agak birthday kan.. no..no..no.. salah! ni cerita pasal ulang tahun perkahwinan la ualls! upps bukan CN tapi parent CN.. hehehe

nak dijadikan cerita first raya kita jatuh pada tarikh 8/8/2013 which means my parent anniversary.. yey.. sambil sambut raya sambil tiup lilin.. ouch! haa kalau korang nak tahu dorang ni dah kahwin dekat 32 tahun dah.. Alhamdulillah still sweet..loving couple gitu.. hahaha..

jom tengok gambar dorang!

Kek ni CN yang beli tau! Cantik tak??
haaa at that time la, CN tak la prepare apa-apa.. but CN buat something untuk celebrate dorang ni yelah kan lagi manis kalau anak-anak ikut serta meriah kan anniversary dorang ni.. hehhehe jadi CN pun belilah kek.. korang nak tau time first raya kedai semua tutup tau.. nasib baik ada jugak kedai bukak.. hish panik macam apa je.. Secret Recipe pun tutup time first raya okeh!

Sweet moment 

amboih abah tiup kemain lagi tau!

aww manja-manja sikit heheheh
alhamdulillah done cerita raya CN.. so, CN nak buat ucapanlah well semoga kekal berbahagia mama abah hingga ke akhir hayat.. InsyaAllah hingga ke syurga jannah, semoga diberkati selalu amin ya rabbal alamin..

p/s:- "a successful marriage requires falling in love many times, always with the same person".

Saturday, July 6, 2013

Maaflah

Assalammualaikum korang, currently blog CN ni agak hura-hara dek kerna busy dengan final exam.. so apa-apa CN akan edit and update later ye.. alololo jangan la marah-marah.. 

:)

Wednesday, July 3, 2013

The Baddest Female

Assalammualaikum korang!

korang suka tak kumpulan 2Ne1?? haaa.. kalau korang suka korang mesti kenal CL.. perghh!! baru-baru ni dia keluar kan lagu single dia yang berjudul the baddest female.. sangat cool hokeh!

lets check it out!



best kan?? ha tahu dah.. suka la sebab dia kekal kan jiwa rap tu dalam lagu dia.. fuhh! terbaik..

p/s: "you know who you are"